Saturday, December 22, 2012

Mengapa tidak dibina masjid di atas tapak kota A 'Famosa?

Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 iaitu di zaman kerajaan Melayu Islam itu berada di dalam kelemahan akibat sultan dan pembesar menyeleweng daripada ajaran Islam dan berlaku zalim kepada rakyat.
Kemudian Belanda pula mengambil tempat Portugis bahkan dikatakan lebih ganas daripada Portugis. Belanda dikatakan membakar Masjid Agong Melaka hingga menjadi abu di samping membakar istana dan rumah-rumah pembesar. Tapak istana yang di atas bukit telah dibina sebuah gereja yang diberi nama gereja St. Paul. Di kawasan tapak masjid dan sekitarnya telah dibina kubu pertahanan mereka dan diberi nama A ‘Famosa yangbermaksud ‘yang masyhur’.
Sejarah tetap sejarah. Tinggal lagi kita hendaklah menghuraikannya mengikut kacamata kita, iaitu tidak lain melainkan kacamata Islam demi faedah kita. Jika kita mentafsirkan sejarah mengikut kacamata penjajah, seperti Inggeris, maka kita belum merdeka walaupun kita melaungkan ‘merdeka!’ seribu kali pada setiap 31 hb Ogos.
Bumi ini bumi orang Melayu Islam. Jika penjajah sanggup membakar masjid kita dan istana sultan kita, kita pun sanggup menghancurkan gereja dan kubu peninggalan mereka. Dan kita bina semula masjid dan istana di tapak berkenaan. Jika kita tidak buat, kita belum merdeka walaupun Inggeris telah hampir 60 tahun meninggalkan tanah air kita.
Tetapi, Tunku dan suku-sakatnya tidak melakukannya apabila diberi kemerdekaan oleh Inggeris pada 31 hb Ogos 1957. Mengapa? Jawapannya ialah kerana dia dan suku-sakatnya tiada kemahuan, tiada kesedaran dan tumpul semangat!
Kini, 500 tahun telah berlalu. Kubu dan gereja telah reput. Mudah sahaja diroboh. Maka, rakyat peribumi masih menunggu kerajaan yang memerintah melakukannya demi memulihkan maruah dan daulat!

No comments:

Post a Comment