Tuesday, December 25, 2012

Harga Pisang di Greenwood

Kira-kira sebulan yang lepas, saya singgah di sebuah gerai bauah-buahan di Taman Greenwood, Gombak, Selangor untuk membeli 2 sikat pisang untuk dijadikan buah tangan.

Jadi membawa pisang sebagai buah tangan, betul-betul menjadikan tanganku berbuah tidak seperti jika saya membawa biskut atau kek.

Yang jelas saya memilih buah-buahan tempatan, walaupun buah-buahan impot seperti epal dan oren banyak dijual bersama. Semangat untuk menyokong usahawan tani tempatan masih membara di jiwaku!

Tetapi, saya jadi terkejut apabila diberitahu harganya ialah RM12.50! Jadi, kepada anda yang memiliki tanah atau boleh menyewa tanah, tanamlah pisang. Harganya mahal dan anda boleh jadi kaya!

Saturday, December 22, 2012

Mengapa tidak dibina masjid di atas tapak kota A 'Famosa?

Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 iaitu di zaman kerajaan Melayu Islam itu berada di dalam kelemahan akibat sultan dan pembesar menyeleweng daripada ajaran Islam dan berlaku zalim kepada rakyat.
Kemudian Belanda pula mengambil tempat Portugis bahkan dikatakan lebih ganas daripada Portugis. Belanda dikatakan membakar Masjid Agong Melaka hingga menjadi abu di samping membakar istana dan rumah-rumah pembesar. Tapak istana yang di atas bukit telah dibina sebuah gereja yang diberi nama gereja St. Paul. Di kawasan tapak masjid dan sekitarnya telah dibina kubu pertahanan mereka dan diberi nama A ‘Famosa yangbermaksud ‘yang masyhur’.
Sejarah tetap sejarah. Tinggal lagi kita hendaklah menghuraikannya mengikut kacamata kita, iaitu tidak lain melainkan kacamata Islam demi faedah kita. Jika kita mentafsirkan sejarah mengikut kacamata penjajah, seperti Inggeris, maka kita belum merdeka walaupun kita melaungkan ‘merdeka!’ seribu kali pada setiap 31 hb Ogos.
Bumi ini bumi orang Melayu Islam. Jika penjajah sanggup membakar masjid kita dan istana sultan kita, kita pun sanggup menghancurkan gereja dan kubu peninggalan mereka. Dan kita bina semula masjid dan istana di tapak berkenaan. Jika kita tidak buat, kita belum merdeka walaupun Inggeris telah hampir 60 tahun meninggalkan tanah air kita.
Tetapi, Tunku dan suku-sakatnya tidak melakukannya apabila diberi kemerdekaan oleh Inggeris pada 31 hb Ogos 1957. Mengapa? Jawapannya ialah kerana dia dan suku-sakatnya tiada kemahuan, tiada kesedaran dan tumpul semangat!
Kini, 500 tahun telah berlalu. Kubu dan gereja telah reput. Mudah sahaja diroboh. Maka, rakyat peribumi masih menunggu kerajaan yang memerintah melakukannya demi memulihkan maruah dan daulat!

Warga Nepal di Semenyih

Saya dan kawan-kawan berjalan di hadapan sebuah rumah teres satu tingkat lot tepi di satu taman perumahan di Semenyih, Selangor. Saya agak tiga bilik. Tiada apa yangg anih pada rumah ini melainkan terdapat beberapa orang warga Nepal sedang menanam sayur dan memberi makan ayam.
Perkataan yang akhir di atas itu yang menarik…ayam. Warga-warga Nepal itu membela ayam dengan membina reban. Dipercayai untuk sara diri mereka demi menjimatkan perbelanjaan kerana harga ayam yang naik tinggi tidak tentu fasal.
Kawan saya menghampiri pagar dan berlaku soal jawab:
“Berapa orang tinggal sini?”
“25 orang!”
“25 orang? Boleh kah?”
“Boleh!”
“Awak tak tahu kah tak boleh bela ayam?”
“Mengapa tak boleh?”
“Undang-undang lah tak boleh. Ini taman, tak boleh!”
“Saya jaga bersih, tak ada hal”
“Nanti saya report, apa macam?”
“Tak pa!”
                    
Dalam hal ini, saya nampak warga asing ini berani, walaupun berada di negara orang. Orang kita pun tak berani nak bela ayam, takut jiran bising, takut kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Mereka berani buat dulu, report dan saman soal kemudian. Yang penting mereka dapat untung dulu. Orang kita setengah-stengah sangat takut untuk membuat sesuatu, terlalu skima hingga kaku beku, tak buat  apa dan tak maju!




Masjid di Taman Seremban Jaya

Sebuah masjid sedang dibina oleh kerajaan Negeri Sembilan di tengah-tengah Fasa 5 Taman Seremban Jaya, kawasan perumahan yang penduduknya berbilang bangsa dan agama. Menarik perhatian ialah ia terletak di bahagian taman yang orang Islam sangat kurang. Pembinaannya di sebelah sebuah sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) menggambarkan hal ini.
Terdapat dua buah masjid yang terdekat. Iaitu masjid Nurul Hidayah dan Masjid Muhammad Musa. Masjid Nurul Hidayah yang dinaik taraf daripada sebuah surau, terletak di fasa lain tetapi azannya jelas kedengaran daripada fasa lima. Manakala masjid Muhammad Musa terletak di taman Seremban Jaya Selatan. Di samping itu, terdapat 2 atau 3 surau di sekitar taman ini.
Pembinaan masjid ini menunjukan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Seremban cuai dari segi kecekapan perancangan pembinaan masjid ketika PBT ini mula-mula meluluskan pembangunan taman berkenaan. Sepatutnya masjid dibina di tempat yang lebih strategik supaya lebih mudah dikunjungi dan lebih besar manfaatnya serta lebih menjimatkan. Menjimatkan maksud saya ialah sebuah masjid sahaja cukup untuk dua buah masjid jika kedudukannya sesuai.
Walau bagaimana pun, masjid berkenaan akan siap tidak lama lagi kerana soal dana tidak timbul kerana peruntukan berpuluh-puluh juta telah disediakan. Tinggal lagi siapa dan bagaimana hendak memakmurkannya. Ia sangat membimbangkannya kerana di mana-mana pun di negara ini biasanya hanya sekadar 5% sahaja penduduk yang akan menjadi ahli yang lazim. Lagi 95% berdengkur dan sibuk di pusat membeli belah dan pasar malam!
Melantik imam yang berijazah dengan rumah dan gaji yang lumayan bukanlah penyelesaian. Ahli-ahli jawatan kuasa (AJK) nanti perlu berkesan, jika tidak, tiang masjid akan lebih banyak daripada orang!

Thursday, December 20, 2012

Kota A 'Famosa (Melaka)

Semenjak zaman kanak-kanak lagi, saya sudah tahu A ‘Famosa adalah kota peninggalan penjajah. Penjajah seperti Portugis dan Belanda telah menyerang dan menghancurkan Melaka, negeri orang Melayu Islam.
Maka semenjak kanak-kanak saya rasa pening bila melihat orang suka melawat kota itu. Selain pening, saya rasa benci dan meluat terhadap tempat-tempat-tempat seperti itu. Selain benci, saya juga hairan mengapa orang lain suka sangat melawat dan bergambar di samping kota itu yang sebenarnya hanya pintu gerbangnya sahaja.
Semenjak dewasa, beberapa kali saya datang ke Melaka. Ada yang kerana pekerjaan dan ada yang kerana berjalan-jalan atau melancong. Walaupun begitu, saya tidak juga melawat tempat bersejarah tersebut kerana merasa hina jika saya melakukannya.
Tetapi beberapa hari yang lepas, atas permintaan anak-anak, terutama yang bernama Hajar Humairah, saya melawat kota A ‘Famosa bersama-sama mereka dan isteri. Mencari jalan kesitu menjadi sukar kerana saya tidak melihat satu papan tanda ‘ke kota A ‘Famosa’. Ditambah pula ia sudah dikelilingi oleh deretan kedai dan bangunan-bangunan pusat membeli belah atau shopping complex yang besar-besar seperti Kompleks Dataran Pahlawan dan Malacca Parade. Orang Melaka tiada masalah, tetapi orang luar seperti saya bermasalah mencarinya.
Betul-betul di hadapan kota itu juga sedang dibina sebuah lagi pusat membeli belah yang akan merubah lagi persekitannya. Persekitan sejarah makin berkurangan. Yang ada ialah persekitaran perdagangan atau commercial  environment.

Permintaan kepada pembangunan perdagangan tidak akan tamat. Kerajaan negeri Melaka nampaknya cair terhadap permintaan tersebut. Sepatutnya persekitaran sejarah dikekalkan dan kawasan perdagangan ada banyak kawasan lain!
Saya akan sambung…