Thursday, June 27, 2013

Semenyih Parkland

Rabu senja, saya ada di Semenyih, Selangor. Terdapat sebuah kawasan perumahan dalam pembinaan, iaitu Semenyih Parkland. Tiada yang pelik, cuma namanya. Adakah kita ketandusan perkataan Melayu? Atau adakah MPKj dan wakil rakyat Semenyih tiada semangat mempertahankan bahasa Melayu?

Tuesday, June 25, 2013

Kedai baru di Ampangan

8.30 pagi ini saya di Ampangan, N9. Terkejut tengok bangunan kedai baru sedang dibina di tapak Pusat Penjaja. Untuk sementara, peniaga-peniaga ditempatkan dilot-lot kedai di tapak pasar malam.

Saya harap mereka akan dapat berniaga di  kedai baru itu, apabila siap nanti. Bukan terus melekat di tapak sementara, dan orang lain berniaga di kedai baru!



Sunday, June 23, 2013

Jerebu di Bukit Putus

Semalam, Ahad 23 hb Jun 2013, saya memandu ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pukul 8.00 pagi tiba di Bukit Putus dan dilanda jerebu. Saya tak dapat merakam gambar semasa berada di Bukit Putus kerana tak tiada kaki lima untuk memberhentikan kereta. Gambar di bawah ini dirakam sebaik sahaja menuruni bukit itu! Walaupun jerebu, saya dapat juga melawat kampong yang dituju.

Yang di sebelah kanan gambar di Bukit Tangga, Kuala Kelawang. Pukul 12.00 tengahari. Jerebu lagi sakan.





Monday, June 17, 2013

Nilai Perdana

Hari ini saya pergi ke Nilai Perdana, Negeri Sembilan. Ada flat dan rumah teres. Kebersihan sekitar flat itu sangat teruk, mungkin kerana tiada persatuan penduduk.

Singgah di tepi tasik.

Friday, June 14, 2013

Datang ke KUIS lagi

Hari ini saya datang ke KUIS lagi dan solat jumaat di situ.

Lepas solat, pelajar-pelajar mengadakan tunjuk perasaan mengenai Syria. Mereka ialah pelajar-pelajar yang ada kesedaran bahawa politik ialah enjin kehidupan seorang muslim.

Satu isu di kalangan penghuni asrama KUIS sekarang ialah lif yang rosak.

Wednesday, June 12, 2013

Salak Tinggi

11 Jun 2013, saya merayau di Salak Tinggi, Selangor. Ia bandar baru dan kawasan perumahan yang berhampiran dengan KLIA.

Ada sebuah pasar dgn rekabentuk terbuka yang mengingatkan saya kpd pasar tradsional di Terengganu dan Kelantan.

Masjidnya cantik, sederhana dan bersih.

Wednesday, June 5, 2013

Datang ke KUIS


Pukul 2.00 petang hari ini, saya datang ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Ramai orang dtg kerana mendaftarkan anak di kolej ini.

Kolej ini sederhana tetapi indah kerana ada tasik di tepinya. Kedudukan masjid adalah tepat kerana dibina di tengah-tengah kawasan.

Yang anih sedikit ialah kewajiban memakai tali leher kerana bercangah dgn ruh sebuah kolej agama.

Monday, June 3, 2013

Pemandangan dari Apartment di Gombak

Hari ini (3 Jun 2013) saya pergi ke Taman Sri Gombak, Selangor. Rumah orang yang saya ziarahi itu berada di tingkat 13 sebuah apartment yang dibina di atas sebuah bukit. Kelihatan di belakang ialah pemandangan bukit-bukau yang menghijau dan di sebelah kirinya ialah kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Pemandangan di hadapan ialah Kuala Lumpur.

Di sebelah apartment itu ialah sekelompok banglow kembar 2 tingkat. Harga seunit ketika mula dibina kira-kira 4 tahun lepas dikatakan RM1 Juta.