Friday, October 31, 2014

Kajang bandar orang-orang pandai

Pagi 31 Okt 2014 saya ada di Kajang, sebuah bandar yang dua puluh atau tiga puluh tahun dahulu dihuni oleh ramai orang yang berpelajaran tinggi atau orang yang bijak pandai. Kini sebahagian mereka pindah ke Bandar Baru Bangi, bandar kembar kepada Kajang.

Dulu, Kajang bandar yang mesti dilalui oleh orang-orang Selatan Semenanjung yang hendak ke Kuala Lumpur. Kini mereka boleh melalui lebuh raya yang menjadikan Kajang tidak disinggahi. Walaupun begitu, ia tetap berkembang maju dengan ditemani oleh Bandar Baru Bangi, Semenyih dan Beranang.


Monday, October 27, 2014

Pemilik-pemilik tanah Melayu di Mantin

Pagi 28 Okt 2014 saya ada di Mantin, Negeri Sembilan. Kelihatan beberapa blok kedai yang baru siap dibina.

Saya diberi tahu terdapat beberapa projek kerjasama antara pemilik-pemilik tanah Melayu dengan pihak-pihak lain. Saya hairan mengapa pemilik tanah Melayu tersebut tidak memajukan tanahnya sendiri. Saya percaya mereka tentu mahu memajukannya sendiri, tetapi atas sebab-sebab yang mereka sahaja yang tahu, mereka terpaksa membuat kerjasama itu.

Maka, timbul persoalan terhadap peranan agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan dan badan-badan Melayu. Mereka tidak patut menjadikan kelemahan kewangan orang Melayu sebagai alasan untuk tidak minat untuk membantu mereka. Tanah adalah modal, jadi apa lagi? Mungkin badan-badan berkenaan mahu credit history atau good credit history. Mana mereka ada? Tapi, bukan kah badan-badan berkenaan ada skim dan dana khas?

Gambar-gambar di bawah ini tiada kaitan dengan tulisan di atas.













Projek perumahan baru di Seremban Jaya

Petang 27 Okt 2014 saya datang lagi ke Seremban Jaya, Negeri Sembilan. Terpandang satu projek perumahan yang baru. Tak besar, tapi cantik. Harga pasti jauh lebih rendah daripada yang di Selangor.


Saturday, October 25, 2014

Tanah Tepi Sungai, Mantin

Pagi Ahad 26 Okt 2014 saya ada di sebuah kampong di Mantin, N9 kerana melihat sebidang tanah. Tanah ini seluas 2 ekar terletak di tepi sungai yang kecil. Terletak kira-kira 5 km daripada Mantin dan 3 km daripada Beranang, Selangor.

Berbagai-bagai idea yang bagus boleh dijadikan kenyataan di atas tanah ini. Contohnya, kebun pisang dan kolam penternakan ikan air tawar di mana air sungai boleh digunakan.

Sekarang ia semak, tetapi semak itu jangan dijadikan halangan. Ibarat membeli kereta. Tayar yang botak jangan dijadikan halangan jika enjin dan lain-lain sangat baik.





Rumah-rumah di Quba'

Hujung Julai 2014, saya ada di Quba' iaitu pinggir Madinah kerana mengunjungi sebuah masjid yang asalnya masjid pertama dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masjid ini biasa dikunjungi oleh jamaah umrah dan haji. Saya dapati bumi di sini sangat subur. Di sini kelihatan juga rumah-rumah yang didiami oleh rakyat biasa.

Thursday, October 23, 2014

Taman Tenaga, Kajang

Senja Khamis 23 Okt 2014 saya ada di Taman Tenaga, Kajang.

Saya lihat banyak kedai + apartment di sini. Apartment biasa dan rumah teres pun banyak. Tetapi kedai + apartment adalah satu idea yang baik. Pertama kepada peniaga, mereka boleh tinggal di atas, jimat belanja untuk ke tempat kerja. Kedua, penghuni-penghuni di apartment menjadi pelanggan kepada kedai-kedai di bawah.

Untung orang yang tinggal di sini kerana dekat dengan Hentian Bas Kajang. Senang nak ke mana-mana!

Harga Rumah di Seremban Jaya

Khamis 23 Okt 2014 pagi, saya ada di Seremban Jaya, Negeri Sembilan.

Harga rumah teres 1 tingkat di sini ada yang RM80 ribu iaitu pada harga 5 tahun dulu di Semenyih, Selangor.  Harga rumah teres 1 tingkat di Semenyih sekarang ialah RM220 ribu - RM270 ribu. Maka, kepada sesiapa yang nak beli rumah atas tanah pada harga sekitar 100 ribu, Seremban lah kawasannya.

Stesen komuter dekat sahaja. Jadi saya fikir orang yang tinggal di Seremban Jaya boleh bekerja di Kuala Lumpur. Dan begitu juga sebaliknya.


Tuesday, October 21, 2014

Hentian Bas Kajang

Selasa 21 Okt 2014 malam saya ada di Hentian Bas Kajang kerana menghantar orang naik bas. Ramai orang nak ke Langkawi rupa-rupanya.

Kompleks ini adalah gabungan 2 blok bangunan. Satu sebagai hentian bas di mana kaunter-kaunter tiket banyak terletak di atas. Satu lagi adalah kedai, pejabat dan apartment. Antara pejabat utama yang ada di sini ialah KWSP, Imigresen, Pendaftaran dan Kebajikan Masyarakat.

Saya percaya Hentian Bas Kajang dan kawasan perniagaan sekitarnya akan maju kerana orang akan menjadikan bas sebagai pilihan mereka pada masa mendatang memandangkan kos pengangkutan sendiri meningkat dengan pesat.

Jadi, sesiapa yang ada duit dan ada jalan, apa kata beli lot kedai dan apartment di sini? Kerana nilainya dan kadar sewanya akan meningkat. Budget hotel juga akan mendapat sambutan baik.

Saya singgah solat maghrib di surau di bahagian bawah kompleks. Terima kasih kepada pihak pengurusan, cuma yang pelik ialah tandas jauh daripada surau iaitu di tingkat 2!




Monday, October 20, 2014

Langkawi yang berpotensi

Pertengahan Sep 2014 saya merayau di Pulau Langkawi. Kebetulan cuaca sejuk atau memang selalu macam tu, tak pastilah. Sewa kereta Viva RM80.00 untuk 24 jam. Pusing satu pulau terutama bahagian barat dan utara. Cuma bahagian timor tidak pergi. Tengok wayang dalam Dome. Merasa naik cable car, kecut!


Senawang yang senang wang

Ahad 19 hb Okt 2014 saya ronda-ronda dengan seorang kawan di Senawang. Lebuhraya LEKAS menjalar hingga ke sini atau dengan kata lain, pembangunan Selangor melimpah kesini. Mudahlah orang KL nak berkenalan dan kahwin dengan orang Negeri Sembilan!

Harga rumah dan tanah di sini masih rendah dan sederhana rendah. Kepada pemaju perumahan dan usahawan kecil elok juga intai-intai sebelah sini.

Saya singgah makan mee udang di satu medan selera yang dipanggil PAKAR, tak jauh dengan Petronas Paroi. Huh..manis udangnya!