Tuesday, November 19, 2013

Taman Pelangi Semenyih

20 Nov saya ada di Taman Pelangi Semenyih. Sungguh cepat maju. Taman ini terletak di sebelah Bandar Rinching, Semenyih. Kawasan perniagaannya sungguh maju sehingga ada berpuluh-puluh restoran.
Harga rumah teres dua tingkat lot tengah berharga sekitar RM380K - RM400K. Memang meningkat.
Dan terbaru ada pulak Taman Pelangi Semenyih 2 di sebelah Taman Tasek Kesuma, Beranang.

Friday, November 15, 2013

Hentian Sungai Gadut

12 hb Nov saya ada di hentian komuter Sungai Gadut, Seremban. Besar. Penumpang sangat sedikit, tapi dua atau tiga tahun lagi akan ramai saya jangka. Pembangunan pengangkutan awam seperti ini sangat bagus bahkan inilah ciri-ciri negara maju.

Wednesday, November 13, 2013

Flat Taman Tasek Kesuma

11 hb Nov saya ada di Taman Tasek Kesuma, Beranang kerana melihat rumah pangsa (flat) di situ. Sunguh banyak, hingga dikatakan sebagai kelompok flat terbesar di Malaysia.

Taraf kebersihan flat-flat ini boleh diberi gred C atau sederhana. Ramai warga Bangla dan Nepal tinggal di sini.

Harganya lebih tinggi daripada jangkaan saya. Tingkat bawah sekitar RM65K, manakala tingkat atas sekitar RM50K.


Friday, November 1, 2013

Surau Al-Taqwa, Semenyih

31 Okt saya singgah solat maghrib di Surau Al-Taqwa, Semenyih. Inilah satu-satunya surau dan masjid yang terletak di sebelah kiri jalan dari Kajang ke Beranang. Maka, sangat elok jika surau ini dibesarkan hingga ke jalan besar.

Monday, October 28, 2013

Pasar Besar Seremban dan Kopi O Percuma

Pagi 26hb Okt saya ada di Pasar Besar Seremban, Mendapatkan ruang meletak kereta sekitar jam 8.00 - 9.00 pagi sangat sukar kerana ruang tidak mencukupi.

Bahagaian bawah pasar ramai orang tetapi tingkat atas lengang dan sunyi sepi. Daya penarik perlu diadakan di tingkat atas. Mungkin kopi O percuma mampu menarik orang!

Saturday, October 19, 2013

Semenyih yang maju

14 hb Oktober atau 9 Zulhijjah saya ada di Semenyih, Selangor. Banyak projek perumahan yang besar. Antaranya ialah Setia Ecohill dan Semenyih Parkland.

Harga rumah di sini mahal gila. Bukan sahaja rumah baru tetapi juga rumah lama, naik mendadak harganya.
Saya hairan melihat orang cina selamba sahaja beli rumah-rumah baru tersebut walaupun mahal.

Wednesday, September 4, 2013

Sungai Pelek, Sepang

6 Syawal saya ada di Sungai Pelek, Sepang. Pelek, mungkin kerana dulu banyak babi dibela, atau kerana perkara lain. Yang jelas, orang Melayu tak ramai di sini hingga wakil rakyatnya adalah Cina. Tetapi, Ahli Parlimen Sepang ialah Hanipa Maidin daripada PAS.

Di belakang masjid pun bukan kawasan perumahan orang Melayu, tetapi Cina. Sekarang orang Melayu perlu datang tinggal dan beranak beramai-ramai di sini. Lagi pun harga rumah di sini tidak semahal di Kajang dan Bangi.

Saya makan di sebuah kedai makan di hadapan masjid yang dipisahkan oleh jalan raya utama. Dapat kenal dan makan ulam baru - 'burung tenggek', maaf tak ada gambar, tapi rupanya seperti daun getah.


Thursday, August 15, 2013

Terengganu yang cantik

3 Syawal saya ada di Terengganu.

Kelihatan banyak masjid yang cantik dan besar siap dibina dan sedang dibina.
Pantai-pantai kekal asli tetapi digeruni kerana kerap menelan manusia.

Cuma keropok lekor berubah menjadi kurus kerana harga ikan sangat mahal. Harga ikan dan ayam di Terengganu 2.00 lebih mahal daripada Kuala Lumpur.








Kedah yang hijau

Pada 1 dan 2 Syawal saya ada di Perlis dan Kedah.

Di sepanjang lebuhraya antara Alor Setar/Gurun dapat dilihat sawah padi yang luas.Tetapi nampak juga sawah padi yang ditimbus untuk pembinaan. Jika tanah sawah di timbus, ia akan hilang hingga hari qiamat. Maka kerajaan patut buat zon sawah. Zon sawah hendaklah dikekal dan diperluaskan. Jika pemilik tanah sawah mahu timbus, berikan mereka tanah ganti di kawasan lain.

Perumahan dan perusahaan di zon masing-masing.








Wednesday, August 14, 2013

Perlis yang indah

Hari terakhir Ramadhan saya ada di negeri Perlis. Banyak kehijauan, tetapi sedih juga tengok beberapa tanah sawah yang subur ditambak untuk dibina rumah. Patut ada rancangan kerajaan untuk atasi hal ini.


Monday, July 22, 2013

Bangla di Beranang

Ahad malam saya ditakdirkan solat tarawih di sebuah surau di taman perumahan PKNS Beranang, Selangor. Ada kira-kira 100 orang jamaah lelaki. Perempuan saya tak tahu.

Yang menarik satu sahaja iaitu separuh daripada mereka ialah Bangla. Yang teruk, saya kena berlumba dengan imam pada rakat kedua kerana imam baca surah al-Ikhlas. Sebaik sahaja imam habis baca al-Fatihah kita pula baca al-Fatihah. Kita dikehendaki diam ketika imam baca al-Fatihah. Tetapi al-Ikhlas lebih pendek dan imam habis dulu dan sujud.  Semput nafas saya!

Tuesday, July 9, 2013

Besok hidup atau mati

Hari ini 9 Julai 2013, hari terakhir Syaaban 1434 saya solat zohor di surau al-qudwah Seremban 2. Sungguh teruja dengan poster yang dipamerkan tentang besok. Adakah saya hidup besok.

Monday, July 1, 2013

Bandar Baru Bangi

Isnin 1 Julai 2013, saya pergi ke Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia sebuah kawasan perumahan dan perniagaan yang berprestij.

Ia bandar orang Melayu di mana mereka kelihatan berjaya. Berjaya dalam dalam pekerjaan dan perniagaan kerana pelajaran yang mereka miliki.

Ia juga bandar yang bersih, indah dan teratur.
Terdapat sebuah restoran ayam goreng, Muzdalifah Fried Chicken atau MFC.

Lebih menarik untuk difahami ialah kawasan ini dimenangi PAS dalam beberapa PRU.


Banglo yang berharga jutaan ringgit



Taman permainan di tepi tasik












Tasik rekreasi yang dijaga dengan baik













Poster PAS 










MFC

Thursday, June 27, 2013

Semenyih Parkland

Rabu senja, saya ada di Semenyih, Selangor. Terdapat sebuah kawasan perumahan dalam pembinaan, iaitu Semenyih Parkland. Tiada yang pelik, cuma namanya. Adakah kita ketandusan perkataan Melayu? Atau adakah MPKj dan wakil rakyat Semenyih tiada semangat mempertahankan bahasa Melayu?

Tuesday, June 25, 2013

Kedai baru di Ampangan

8.30 pagi ini saya di Ampangan, N9. Terkejut tengok bangunan kedai baru sedang dibina di tapak Pusat Penjaja. Untuk sementara, peniaga-peniaga ditempatkan dilot-lot kedai di tapak pasar malam.

Saya harap mereka akan dapat berniaga di  kedai baru itu, apabila siap nanti. Bukan terus melekat di tapak sementara, dan orang lain berniaga di kedai baru!



Sunday, June 23, 2013

Jerebu di Bukit Putus

Semalam, Ahad 23 hb Jun 2013, saya memandu ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pukul 8.00 pagi tiba di Bukit Putus dan dilanda jerebu. Saya tak dapat merakam gambar semasa berada di Bukit Putus kerana tak tiada kaki lima untuk memberhentikan kereta. Gambar di bawah ini dirakam sebaik sahaja menuruni bukit itu! Walaupun jerebu, saya dapat juga melawat kampong yang dituju.

Yang di sebelah kanan gambar di Bukit Tangga, Kuala Kelawang. Pukul 12.00 tengahari. Jerebu lagi sakan.





Monday, June 17, 2013

Nilai Perdana

Hari ini saya pergi ke Nilai Perdana, Negeri Sembilan. Ada flat dan rumah teres. Kebersihan sekitar flat itu sangat teruk, mungkin kerana tiada persatuan penduduk.

Singgah di tepi tasik.

Friday, June 14, 2013

Datang ke KUIS lagi

Hari ini saya datang ke KUIS lagi dan solat jumaat di situ.

Lepas solat, pelajar-pelajar mengadakan tunjuk perasaan mengenai Syria. Mereka ialah pelajar-pelajar yang ada kesedaran bahawa politik ialah enjin kehidupan seorang muslim.

Satu isu di kalangan penghuni asrama KUIS sekarang ialah lif yang rosak.

Wednesday, June 12, 2013

Salak Tinggi

11 Jun 2013, saya merayau di Salak Tinggi, Selangor. Ia bandar baru dan kawasan perumahan yang berhampiran dengan KLIA.

Ada sebuah pasar dgn rekabentuk terbuka yang mengingatkan saya kpd pasar tradsional di Terengganu dan Kelantan.

Masjidnya cantik, sederhana dan bersih.

Wednesday, June 5, 2013

Datang ke KUIS


Pukul 2.00 petang hari ini, saya datang ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Ramai orang dtg kerana mendaftarkan anak di kolej ini.

Kolej ini sederhana tetapi indah kerana ada tasik di tepinya. Kedudukan masjid adalah tepat kerana dibina di tengah-tengah kawasan.

Yang anih sedikit ialah kewajiban memakai tali leher kerana bercangah dgn ruh sebuah kolej agama.

Monday, June 3, 2013

Pemandangan dari Apartment di Gombak

Hari ini (3 Jun 2013) saya pergi ke Taman Sri Gombak, Selangor. Rumah orang yang saya ziarahi itu berada di tingkat 13 sebuah apartment yang dibina di atas sebuah bukit. Kelihatan di belakang ialah pemandangan bukit-bukau yang menghijau dan di sebelah kirinya ialah kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Pemandangan di hadapan ialah Kuala Lumpur.

Di sebelah apartment itu ialah sekelompok banglow kembar 2 tingkat. Harga seunit ketika mula dibina kira-kira 4 tahun lepas dikatakan RM1 Juta.

Wednesday, May 29, 2013

Menang dengan menipu!


Jumaat lepas, 24 Mei 2013, saya solat jumaat di Masjid Semenyih. Peringkat awal khutbah, mengantuk cuba mengusai diri, tetapi tak berjaya kerana tiba-tiba khatib bersuara keras.

Keras dan makin keras! Berapi!

Saya suka khutbah macam tu. Berkhutbah, bukan baca khutbah!
Point utama beliau ialah kecelakaan kpd pihak yang menipu. Menang dengan menipu dalam pilihanraya.

Tuesday, May 28, 2013

Suara azan di stesen bas


Selasa 28 Mei 2013 saya kena naik bas di stesen bas Seremban atau dipanggil Terminal One. Saya tiba di situ pada ketika azan zohor dilaungkan. Ia dilaungkan daripada sebuah surau di tingkat satu. Suara azan memenuhi ruang bawah stesen bas. Mungkin ini satu-satu stesen bas di Malaysia yang suara azan berkumandang di dalamnya. Syabas kepada muslimin yang menjadi AJK.

Saya pun terus menapak kearah surau dan solat. Ada kira-kira 15 orang.



Friday, May 24, 2013

Sejadah dengan motif kepala jin


Sejadah ini ada di rumah saya. Saya tak beli, dan macamana boleh ada di rumah saya, pun tak pasti. Sejadah ini saya paling tak suka dan saya akan elak daripada menggunakannya kerana selain warna merah yang tidak mendamaikan, coraknya juga memeningkan.

Tetapi jika diperhatikan, ada motif kepala jin. Dan ini menakutkan, bukan kepada saya, tetapi kepada kanak-kanak.

Betapa halus musuh Islam berusaha menjadikan kanak-kanak tidak suka kepada solat!

Tuesday, May 21, 2013

Lambang salib di surau

Jumaat 17 Mei 2013, saya solat di sebuah surau di Seremban 2. Terkejut melihat lambang salib pada dinding rumah ibadat orang Islam. Bukan 1, tapi beberapa. Setelah mendekati, rupa-rupanya ia terhasil apabila 4 keping bingkai konkrit dicantum. Jika 1, 2, 3, tak jadi.

Dah banyak mata melihat, terutama mata-mata AJK, tetapi mereka tak perasan. Mungkin mereka anggap ini takpe dan kebetulan je.

Padahal pihak yang mengeluarkan produk ini tidak berfikir demikian.


Thursday, April 18, 2013

Seni Kesetanan

Maaf lama tak menulis.
Minggu pertama April 2013 saya solat di sebuah surau di Seremban 2.
Terkejut melihat sejadah dengan motif seperti ini.
Pada saya motif jin atau setan.
Apa pandangan anda?

Monday, March 18, 2013

Surau Al-Qudwah

Pada hari Jumaat 15 hb Mac 2012, saya singgah di surau Al-Qudwah, di Seremban 2 untuk menunaikan solat jumaat. Saya tiba agak awal.

Ada sebuah meja yang diletakan makanan dan minuman untuk dijamah oleh para jamaah. Ada air, pisang dan nasi goreng. Inilah kali pertama saya jumpa nasi goreng pada hari Jumaat di masjid. Saya tak makan nasi          goreng tu kerana baru lepas makan tengahari, tetapi pisang!

Saya tengok penyata derma. Purata RM7,000.00 sebulan. Saya pun congak: setahun RM100,000.00! Sepuluh tahun boleh jadi RM1,000,000.00!

Wednesday, March 13, 2013

Kampong Pelegong

Minggu lepas saya ditakdirkan perlu menjumpai seseorang di sebuah kampong di Jalan Labu, Seremban. Rupa-rupanya sebuah kampong betoi-betoi kampong, cantik dan indah. Kampong Pelegong yang terkenal dengan home-stay.

Yang menarik atau boleh menjadi haru ialah saya perlu melalui dua terowong. Tak silap, tiga. Haru kerana salah satu terowong itu sangat rendah, hingga kereta kecil seperti Kancil sahaja yang boleh melepasinya.

Sungguh tak sangka ada kampong seperti itu!

Sunday, March 3, 2013

Pengalaman di Pejabat Pos Seremban 2

Pada 1 hb Feb 2013, saya datang ke Pejabat Pos Seremban 2 yang terletak di dalam pasaraya JJ kerana terpaksa membaharui lesen memandu dengan segera.

Saya dapat nombor 1391 dan nombor semasa ialah 1257. Jika laju, tak apa, tapi ini satu kaunter sahaja yang dibuka. Nasib baik dapat berbual dengan seorang kenalan baru yang bekerja dengan sebuah syarikat Takaful.

2 jam menunggu!



Masjid Kuarters KLIA yang licin!

Minggu akhir Feb 2013 saya singgah untuk solat maghrib di Masjid Kuraters KLIA kira 15 minit sebelum masuk waktu.

Sunyi sepi dan tiada manusia kecuali 2 orang. Ajk dan bilal saya agak. Saya menuju ketandas. Gelap. Saya 'ON' lampu dan 'OFF' semula selepas keluar. Menaiki tangga keatas sunnguh mencemaskan kerana licin. Hujan baru turun. Sampai di atas, lagi mencemaskan. Licin dan gelap! Licin kerana air banyak bertakung di ruang hadapan pintu masuk dan lampu tak dipasang. Bahaya!

Lepas azan, mula ramai orang datang, ada kira-kira 60 orang.



Sunday, January 27, 2013

A 75 Year Old American Lady explains...


Perempuan Amerika berusia 75 tahun memeluk Islam. 
Seronok kita mendengarnya...

Saturday, January 26, 2013

Surau Al-Ibrahim

Pagi hari ini, saya singgah solat di sebuah surau di Seremban 2, Surau Al-Ibrahim. Ia dikelilingi oleh rumah-rumah teres setingkat yang agaknya berusia sekitar 5 tahun.

Pagar utamanya bertutup, tetapi bukan berkunci. Saya buka pagar dan memandu masuk. Ia tidak besar, tetapi cantik dan bersih. Terdapat tanda-tanda ia makmur. Pertama kerusi-kerusi makan (kira-kira 100 buah) terletak dengan baik di meja makan. Kedua, papan kenyataannya menyatakan kegiatan-kegiatan. Ketiga, lantai dan sejadah-sejadahnya bersih, bukan berhabuk.

Saya masuk tandas. Ada tanda 'B' diletakan oleh Majlis Perbandaran Seremban. Tahniah kepada AJK-AJK surau! Air ada, terima kasih!

Saya solat dhuha 2 rakaat. Terdengar orang berdengkur. Oh! rupa-rupanya ada seorang lelaki sedang tidur di ruang solat wanita.

Satu perkara sahaja: kalimah 'al-ibrahim' adalah anih kerana biasanya nama khas tidak diletakan 'al-' melainkan jika hendak menjadikannya sifat, seperti al-ibrahimiy. Jika pembaca kurang faham, boleh rujuk terus kepada orang yang faham sedikit Bahasa Arab.



Wednesday, January 23, 2013

APA YANG BAGUS DILAKUKAN PADA HARI SAMBUTAN MAULIDUL-RASUL?


Pagi hari ini 24 Jan 2013 (12 R. Awwal 1434), saya melalui bandar Seremban.

Jalan di tengah bandar ditutup sebelah untuk perarakan Maulidul-rasul. Kumpulan-kumpulan perarakan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah bergerak lesu. Mereka memakai pakaian tradisional dan membawa sepanduk.

Saya pun terfikir apakah cara yang bagus untuk menyambut hari ini. Sesuai untuk mengingati kelahiran dan perjuangan baginda. Juga perlu ada mesej. Secara mudah terdapat dua golongan pada pagi Hari Sambutan Maulidul-Rasul (s.a.w). Golongan yang ikut berarak , kedua yang tidak.
Kalau berarak, sekitar pukul 10.00 sudah selesai dan kedua-kedua kumpulan itu menjadi jenis yang serupa mulai tengahari hingga ke petang dan malam.

Berjalan-jalan ke pasar raya, berkelah di pantai pada hari ini bukan tak boleh, tapi kurang mengikut ruh atau semangat.

Apa kata, kalau kita masak kari 3 atau 4 ekor ayam, dan sedekah kepada jiran-jiran, termasuk jiran-jiran bukan Islam? Katakan kepada mereka ini sempena sambutan maulidul-rasul atau birth day of Prophet Muhammad.

Masjid tiada qaryah

Pada 11 hb Januari 2013, saya singgah solat Jumaat di masjid merah Seremban atau yang dipanggil Masjid Jamek Seremban. Saya memanggilnya masjid merah kerana ia berwarna merah.

Dipercayai dulu kawasan sekitar masjid ini adalah pusat bandar seperti juga Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Terletak berhampiran dengan sungai kerana dulu pasar terletak di tebing sungai dan pasar tidak berpisah jauh daripada masjid. Sungai adalah adalah alat perhubungan yang penting di mana kapal dan perahu dagang melaluinya. Tol juga dikutip di tepi sungai.

Pada hari ini, kedudukan masjid merah ini kelihatan anih dan pelik kerana bukan dikelilingi oleh rumah dan kedai orang Islam, sebaliknya oleh rumah dan kedai orang bukan Islam yang berbangsa cina. Tentu sekali suara azannya memenuhi telinga-telinga mereka. Bukan salah orang-orang cina itu, tetapi salah orang Islam yang tidak mahu membina rumah, kedai dan tinggal berniaga di situ. Dan juga salah pihak pentadbir MPS (Majlis Perbandaran Seremban) terdahulu yang tidak mempastikan kawasan kediaman dan perniagaan orang Islam di keliling masjid itu.

Banyak lagi masjid-masjid lain yang senasib dengnnya  iaitu kelihatan anih kerana tiada qaryah seperti di Sentul, Jalan Pahang, Gombak,  Semenyih dan Mantin.

Wednesday, January 16, 2013

Balik Indon!

Kira-kira seminggu yang lepas, saya berpeluang menanya satu soalan kepada sekumpulan kanak-kanak.   Tempatnya di Jalan Bangi Lama, Selangor.

Soalan saya "siapa yang pernah naik kapalterbang, angkat tangan!"
Terkejut saya, kerana separuh daripada mereka iaitu lebih kurang 15 orang mengangkat tangan.
"Kamu pergi kemana?" saya tanya.
"Balik kampong Indon!" mereka jawab.

Itulah kenyataan.
Rupa-rupanya mereka adalah warga Malaysia yang ibubapa mereka berasal dari seberang.

Monday, January 14, 2013

Masjid Al-Bukhary di Jalan Hang Tuah


Pada hari Sabtu 12 Jan 2013, saya singgah di masjid Al-Bukhary di jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Kalau tak silap, masjid ini baru 5 atau 6 tahun dibina. Dahulu, yang terdapat di tapak masjid ini ialah surau Babul-Jannah (Pintu Syurga) dan sebuah kubur seorang pendakwah Arab yang kemungkinan besar juga seorang pedagang. Saya pernah beberapa kali solat di surau itu.

Kini sebuah masjid yang indah tersergam hebat. Kedudukannya sangat bagus kerana di tepi jalan besar dan mudah dikunjungi. Lebih bagus ialah terdapat beberapa blok rumah pangsa di sekitarnya termasuk di Jalan Kenanga.

Suasana di sekitar masjid nyaman kerana banyak pokok tamar dan pokok-pokok lain ditanam. Ruang solat pun nyaman, yakni tidak panas walaupun orang sangat ramai.

Orang ramai, lelaki dan perempuan memenuhi ruang solat atas dan bawah. Sehingga tikar perlu dihampar di atas tanah untuk dijadikan tempat solat tambahan. Mereka datang untuk berkumpul di Stadium Merdeka sempena Himpunan Rakyat 112 (Jan 01, 2013). Ramai di antara mereka datang dengan LRT yang mana setesen LRT Hang Tuah hanya 50 meter daripada masjid tersebut.

Hari ini masjid ini mencatat sejarah.

Friday, January 4, 2013

Pak Arab bermain

Boleh tahan...

Kebun orang cina di Mantin


Baru-baru ini, iaitu sekitar bulan November 2012, ketika memandu di sebuah kampong di pedalaman Mantin, Negeri Sembilan, saya melihat beberapa kebun dan dusun buah-buahan yang cantik dan subur. Cantik kerana rumput dan daun-daun kering dibersihkan. Subur kerana daun-daunnya tidak kuning bahkan hijau dan berbuah.

Hati saya syak ini semua bukan milik orang Melayu kerana kebun dan dusun mereka biasanya semak. Jadi semak kerana mereka tidak tahu bahawa kebun boleh menjana duit. Mereka juga tiada kudrat mengerjakannya kerana orang-orang muda mereka lebih minat kerja sebagai guru di sekolah dan production operator di kilang. Tidak salah kerja makan gaji, tetapi kebun hendaklah diurus sehingga ia mampu menjana hasil yang lumayan.

Rasa hati saya itu tepat apabila disahkan oleh penduduk kampong berkenaan dan kampong bersebelahan. Kebun-kebun tersebut asalnya milik orang Melayu, tetapi telah berpindah tangan akibat pinjaman duit yang tidak terbayar. Sebahagiannya, pada mulanya dipajak berpuluh-puluh tahun, tetapi terpajak terus menerus!
Orang-orang cina menanam durian, nangka dan buah naga. Maka kelihatan mereka menjual hasil tanaman itu di tepi jalan di Mantin. Bahkan Mantin menjadi pengeluar nangka madu terbesar di negara ini.