Baru-baru
ini, iaitu sekitar bulan November 2012, ketika memandu di sebuah kampong di
pedalaman Mantin, Negeri Sembilan, saya melihat beberapa kebun dan dusun
buah-buahan yang cantik dan subur. Cantik kerana rumput dan daun-daun kering
dibersihkan. Subur kerana daun-daunnya tidak kuning bahkan hijau dan berbuah.
Hati saya
syak ini semua bukan milik orang Melayu kerana kebun dan dusun mereka biasanya
semak. Jadi semak kerana mereka tidak tahu bahawa kebun boleh menjana duit.
Mereka juga tiada kudrat mengerjakannya kerana orang-orang muda mereka lebih
minat kerja sebagai guru di sekolah dan production operator di kilang.
Tidak salah kerja makan gaji, tetapi kebun hendaklah diurus sehingga ia mampu
menjana hasil yang lumayan.
Rasa hati
saya itu tepat apabila disahkan oleh penduduk kampong berkenaan dan kampong
bersebelahan. Kebun-kebun tersebut asalnya milik orang Melayu, tetapi telah
berpindah tangan akibat pinjaman duit yang tidak terbayar. Sebahagiannya, pada
mulanya dipajak berpuluh-puluh tahun, tetapi terpajak terus menerus!
No comments:
Post a Comment