Wednesday, January 23, 2013

Masjid tiada qaryah

Pada 11 hb Januari 2013, saya singgah solat Jumaat di masjid merah Seremban atau yang dipanggil Masjid Jamek Seremban. Saya memanggilnya masjid merah kerana ia berwarna merah.

Dipercayai dulu kawasan sekitar masjid ini adalah pusat bandar seperti juga Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Terletak berhampiran dengan sungai kerana dulu pasar terletak di tebing sungai dan pasar tidak berpisah jauh daripada masjid. Sungai adalah adalah alat perhubungan yang penting di mana kapal dan perahu dagang melaluinya. Tol juga dikutip di tepi sungai.

Pada hari ini, kedudukan masjid merah ini kelihatan anih dan pelik kerana bukan dikelilingi oleh rumah dan kedai orang Islam, sebaliknya oleh rumah dan kedai orang bukan Islam yang berbangsa cina. Tentu sekali suara azannya memenuhi telinga-telinga mereka. Bukan salah orang-orang cina itu, tetapi salah orang Islam yang tidak mahu membina rumah, kedai dan tinggal berniaga di situ. Dan juga salah pihak pentadbir MPS (Majlis Perbandaran Seremban) terdahulu yang tidak mempastikan kawasan kediaman dan perniagaan orang Islam di keliling masjid itu.

Banyak lagi masjid-masjid lain yang senasib dengnnya  iaitu kelihatan anih kerana tiada qaryah seperti di Sentul, Jalan Pahang, Gombak,  Semenyih dan Mantin.

No comments:

Post a Comment