Wednesday, January 14, 2015

Lenggeng yang indah

31 Dis 2014 saya ada di Lenggeng, N9 kerana melihat sebuah resort kecil yang terletak di sebelah hutan simpan. Terdapat sebuah rumah kayu 2 bilik di tepi sungai kecil. Keseluruhan kawasan ialah dusun durian 1 ekar. Sungguh sesuai untuk kem pelajar dan pelancung.


Saturday, December 27, 2014

Seremban 2 yang anggun

27 Dis 2014 saya ada di Seremban 2. Rumah-rumah di sini kelihatan cantik dan anggun. Antara taman perumahan di sini ialah Garden Home di mana terdapat rumah teres setingkat.
Masjid yang cantik sudah siap.
Pasaraya Mydin pun ada.


Tuesday, December 23, 2014

Eco hill

18 Dis 2014 saya melawat Eco hill, sebuah projek perumahan yang besar bahkan boleh menjadi bandar baru di Semenyih. Ia dibina di Kampung Rinching yang terletak di sebelah Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
Walaupun masih dalam pembinaan, ia kelihatan cantik dan canggih.

Gambar ini ialah kemuncak kawasan itu.







Monday, December 15, 2014

Jalan Pintas di Bandar Teknologi Kajang

10 Dis 2014 saya lalu di sebuah jalan pintas yang menghubungkan Bandar Teknologi Kajang dengan Bandar Baru Bangi. Pokok-pokok getah dan sawit dibiarkan hidup di kiri kanan jalan, walaupun projek perumahan pesat berlaku di sekitarnya.


Sunday, December 7, 2014

Bukit Payong, Kuala Terengganu

7 Dis 2014 saya ada di Bukit Payong, sebuah pekan terletak di Jalan Kuala Berang - Kuala Terengganu, iaitu kira-kira 15 km daripada bandar Kuala Terengganu.

Pekan ini boleh juga didatangi daripada Bandar Marang, iaitu kira-kira 8 km sahaja.

Kelihatan kompleks kedai Mara yang kelihatan banyak lot masih kosong.

Tuesday, December 2, 2014

Kampung Sungai Jai, Beranang

30 Nov 2014 saya ada di Kampug Sg Jai, Beranang.
Kampung Sg Jai terbahagi kepada dua, iaitu di Selangor dan di Negeri Sembilan kerana ia terletak di sempadan dua negeri itu. S.K.Kampung Sungai Jai terletak di Negeri Sembilan.

Kampung-kampung lain di sini ialah Kg Minangkabau, Kg Batu Rembau, Kg 6 Kaki, Kg Sesapan Kelubi, Kg Sg Machang dan Kg Enam Kaki.

Terdapat banyak tanaman serai di kawasan Beranang.







Thursday, November 27, 2014

Paya Bunga Square, Kuala Terengganu

25 Nov 2014 saya ada di Kuala Terengganu lagi.
Banjir sudah habis.
Kelihatan bangunan baru, Paya Bunga Square yang akan dibuka beberapa hari lagi.
Saya pergi Pekan Batu 6 di mana saya dapat makan kari itik serati. 2 org makan RM12.00 shj.
Saya pergi juga ke Sungai Ikan.