Wednesday, May 29, 2013

Menang dengan menipu!


Jumaat lepas, 24 Mei 2013, saya solat jumaat di Masjid Semenyih. Peringkat awal khutbah, mengantuk cuba mengusai diri, tetapi tak berjaya kerana tiba-tiba khatib bersuara keras.

Keras dan makin keras! Berapi!

Saya suka khutbah macam tu. Berkhutbah, bukan baca khutbah!
Point utama beliau ialah kecelakaan kpd pihak yang menipu. Menang dengan menipu dalam pilihanraya.

Tuesday, May 28, 2013

Suara azan di stesen bas


Selasa 28 Mei 2013 saya kena naik bas di stesen bas Seremban atau dipanggil Terminal One. Saya tiba di situ pada ketika azan zohor dilaungkan. Ia dilaungkan daripada sebuah surau di tingkat satu. Suara azan memenuhi ruang bawah stesen bas. Mungkin ini satu-satu stesen bas di Malaysia yang suara azan berkumandang di dalamnya. Syabas kepada muslimin yang menjadi AJK.

Saya pun terus menapak kearah surau dan solat. Ada kira-kira 15 orang.



Friday, May 24, 2013

Sejadah dengan motif kepala jin


Sejadah ini ada di rumah saya. Saya tak beli, dan macamana boleh ada di rumah saya, pun tak pasti. Sejadah ini saya paling tak suka dan saya akan elak daripada menggunakannya kerana selain warna merah yang tidak mendamaikan, coraknya juga memeningkan.

Tetapi jika diperhatikan, ada motif kepala jin. Dan ini menakutkan, bukan kepada saya, tetapi kepada kanak-kanak.

Betapa halus musuh Islam berusaha menjadikan kanak-kanak tidak suka kepada solat!

Tuesday, May 21, 2013

Lambang salib di surau

Jumaat 17 Mei 2013, saya solat di sebuah surau di Seremban 2. Terkejut melihat lambang salib pada dinding rumah ibadat orang Islam. Bukan 1, tapi beberapa. Setelah mendekati, rupa-rupanya ia terhasil apabila 4 keping bingkai konkrit dicantum. Jika 1, 2, 3, tak jadi.

Dah banyak mata melihat, terutama mata-mata AJK, tetapi mereka tak perasan. Mungkin mereka anggap ini takpe dan kebetulan je.

Padahal pihak yang mengeluarkan produk ini tidak berfikir demikian.