Saturday, December 27, 2014

Seremban 2 yang anggun

27 Dis 2014 saya ada di Seremban 2. Rumah-rumah di sini kelihatan cantik dan anggun. Antara taman perumahan di sini ialah Garden Home di mana terdapat rumah teres setingkat.
Masjid yang cantik sudah siap.
Pasaraya Mydin pun ada.


Tuesday, December 23, 2014

Eco hill

18 Dis 2014 saya melawat Eco hill, sebuah projek perumahan yang besar bahkan boleh menjadi bandar baru di Semenyih. Ia dibina di Kampung Rinching yang terletak di sebelah Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
Walaupun masih dalam pembinaan, ia kelihatan cantik dan canggih.

Gambar ini ialah kemuncak kawasan itu.







Monday, December 15, 2014

Jalan Pintas di Bandar Teknologi Kajang

10 Dis 2014 saya lalu di sebuah jalan pintas yang menghubungkan Bandar Teknologi Kajang dengan Bandar Baru Bangi. Pokok-pokok getah dan sawit dibiarkan hidup di kiri kanan jalan, walaupun projek perumahan pesat berlaku di sekitarnya.


Sunday, December 7, 2014

Bukit Payong, Kuala Terengganu

7 Dis 2014 saya ada di Bukit Payong, sebuah pekan terletak di Jalan Kuala Berang - Kuala Terengganu, iaitu kira-kira 15 km daripada bandar Kuala Terengganu.

Pekan ini boleh juga didatangi daripada Bandar Marang, iaitu kira-kira 8 km sahaja.

Kelihatan kompleks kedai Mara yang kelihatan banyak lot masih kosong.

Tuesday, December 2, 2014

Kampung Sungai Jai, Beranang

30 Nov 2014 saya ada di Kampug Sg Jai, Beranang.
Kampung Sg Jai terbahagi kepada dua, iaitu di Selangor dan di Negeri Sembilan kerana ia terletak di sempadan dua negeri itu. S.K.Kampung Sungai Jai terletak di Negeri Sembilan.

Kampung-kampung lain di sini ialah Kg Minangkabau, Kg Batu Rembau, Kg 6 Kaki, Kg Sesapan Kelubi, Kg Sg Machang dan Kg Enam Kaki.

Terdapat banyak tanaman serai di kawasan Beranang.







Thursday, November 27, 2014

Paya Bunga Square, Kuala Terengganu

25 Nov 2014 saya ada di Kuala Terengganu lagi.
Banjir sudah habis.
Kelihatan bangunan baru, Paya Bunga Square yang akan dibuka beberapa hari lagi.
Saya pergi Pekan Batu 6 di mana saya dapat makan kari itik serati. 2 org makan RM12.00 shj.
Saya pergi juga ke Sungai Ikan.









Sunday, November 16, 2014

Seremban

Sabtu 15 Nov 2014 saya ada di Seremban.
Kelihatan sekelompok rumah pangsa atau flat. Ia dikatakan bangunan tertinggi di Negeri Sembilan.
Saya jangka akan lebih banyak flat dan apartment akan dibina di sini memandangkan harga rumah teres yang meningkat kepada RM300 ribu.



Wednesday, November 12, 2014

Kuala Terengganu yang permai

Selasa 11 Nov saya ada di Kuala Terengganu.
Terlihat sebuah hotel baru dekat dengan hentian bas dan masjid putih.
Saya lalu di Pantai Batu Buruk dan Pulau Duyung.
Saya singgah makan di medan selera tepi laut berhampiran jeti Marang. Harga sotong masak lemak saiz sederhana besar ialah RM10.00 seekor.





Malam di Seremban 2

Ahad 9 Nov malam saya ada di Seremban 2 iaitu di bahagian fasa awal.
Terdapat blok-blok kedai dan pejabat yang berusia 10 tahun saya agak.
Kelihatan sebuah restoran mamak, Wazer Maju yang dikunjungi ramai orang. Berdekatan dengannya terdapat mini market Wazer. Pandai sungguh mamak berniaga.


Friday, November 7, 2014

Ampangan, NS

Pagi Sabtu 8 Nov saya ada di Ampangan, NS.

Bazar baru sudah siap. Tempat perniagaan yang strategik dan menarik!
BSN yang terbakar juga sudah dibuka semula.



Nilai Lama

Pagi Jumaat 7 Nov saya ada di Bandar Nilai Lama. Hujan.

Kelihatan bangunan-bangunan kedai yang lama.
Bazar Mara yang menempatkan peniaga Melayu kelihatan lesu.
Pasaraya Mydin ada dekat hentian bas.
Saya rasa orang Melayu di sini masih memiliki tanah mereka.


Tuesday, November 4, 2014

Bandar Tasik Kesuma yang banyak kolej.

Petang 4 Nov 2014 saya ada di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

Ini ialah bandar baru dengan kawasan perumahan, kedai, kilang, hotel murah dan kolej. Antara kolej di sini ialah Kolej Mara-Jepun dan Kolej Profesional Mara. Selain itu ada juga Pusat Latihan Polimer di mana pelajar dilatih menggendalikan mesin plastik iaitu injection molding machine.







Monday, November 3, 2014

Hat Yai, Selatan Thailand

Hujung Ogos 2014 saya ada di Hat Yai, Selatan Thailand.

Jalan darat dari sempadan Malaysia ke Hat Yai mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang jalan itu saya hanya melihat 3 atau 4 buah masjid. Ini menunjukan kelesuan Islam di daerah ini.

Penguasaan ekonomi oleh orang Islam di Hat Yai boleh dikatakan hampir kosong. Yang ada hanya sangat sedikit yang menjual makanan atau berniaga kecil-kecilan.

Sunday, November 2, 2014

Paroi yang melambai-lambai

Dua hari lepas saya ada di Paroi, Negeri Sembilan.

Kelihatan persimpangan lebuh raya yang canggih ke Senawang dan Kuala Pilah.
Kelihatan juga apartment baru yang sudah diduduki yang mana saya percaya tidak tinggi harganya.

Keseluruhan pemandangan adalah berlatarbelakang Bukit Putus yang biru.



Kajang 2

1 Nov 2014 saya berada di tepi Bandar Kajang 2.

Yang bagus ialah stesen komuter dan stesen bas sangat dekat. Ini satu faktor yang penting pada masa hadapan kerana harga petrol yang menggila!

Friday, October 31, 2014

Kajang bandar orang-orang pandai

Pagi 31 Okt 2014 saya ada di Kajang, sebuah bandar yang dua puluh atau tiga puluh tahun dahulu dihuni oleh ramai orang yang berpelajaran tinggi atau orang yang bijak pandai. Kini sebahagian mereka pindah ke Bandar Baru Bangi, bandar kembar kepada Kajang.

Dulu, Kajang bandar yang mesti dilalui oleh orang-orang Selatan Semenanjung yang hendak ke Kuala Lumpur. Kini mereka boleh melalui lebuh raya yang menjadikan Kajang tidak disinggahi. Walaupun begitu, ia tetap berkembang maju dengan ditemani oleh Bandar Baru Bangi, Semenyih dan Beranang.


Monday, October 27, 2014

Pemilik-pemilik tanah Melayu di Mantin

Pagi 28 Okt 2014 saya ada di Mantin, Negeri Sembilan. Kelihatan beberapa blok kedai yang baru siap dibina.

Saya diberi tahu terdapat beberapa projek kerjasama antara pemilik-pemilik tanah Melayu dengan pihak-pihak lain. Saya hairan mengapa pemilik tanah Melayu tersebut tidak memajukan tanahnya sendiri. Saya percaya mereka tentu mahu memajukannya sendiri, tetapi atas sebab-sebab yang mereka sahaja yang tahu, mereka terpaksa membuat kerjasama itu.

Maka, timbul persoalan terhadap peranan agensi-agensi kerajaan, institusi kewangan dan badan-badan Melayu. Mereka tidak patut menjadikan kelemahan kewangan orang Melayu sebagai alasan untuk tidak minat untuk membantu mereka. Tanah adalah modal, jadi apa lagi? Mungkin badan-badan berkenaan mahu credit history atau good credit history. Mana mereka ada? Tapi, bukan kah badan-badan berkenaan ada skim dan dana khas?

Gambar-gambar di bawah ini tiada kaitan dengan tulisan di atas.













Projek perumahan baru di Seremban Jaya

Petang 27 Okt 2014 saya datang lagi ke Seremban Jaya, Negeri Sembilan. Terpandang satu projek perumahan yang baru. Tak besar, tapi cantik. Harga pasti jauh lebih rendah daripada yang di Selangor.


Saturday, October 25, 2014

Tanah Tepi Sungai, Mantin

Pagi Ahad 26 Okt 2014 saya ada di sebuah kampong di Mantin, N9 kerana melihat sebidang tanah. Tanah ini seluas 2 ekar terletak di tepi sungai yang kecil. Terletak kira-kira 5 km daripada Mantin dan 3 km daripada Beranang, Selangor.

Berbagai-bagai idea yang bagus boleh dijadikan kenyataan di atas tanah ini. Contohnya, kebun pisang dan kolam penternakan ikan air tawar di mana air sungai boleh digunakan.

Sekarang ia semak, tetapi semak itu jangan dijadikan halangan. Ibarat membeli kereta. Tayar yang botak jangan dijadikan halangan jika enjin dan lain-lain sangat baik.





Rumah-rumah di Quba'

Hujung Julai 2014, saya ada di Quba' iaitu pinggir Madinah kerana mengunjungi sebuah masjid yang asalnya masjid pertama dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masjid ini biasa dikunjungi oleh jamaah umrah dan haji. Saya dapati bumi di sini sangat subur. Di sini kelihatan juga rumah-rumah yang didiami oleh rakyat biasa.

Thursday, October 23, 2014

Taman Tenaga, Kajang

Senja Khamis 23 Okt 2014 saya ada di Taman Tenaga, Kajang.

Saya lihat banyak kedai + apartment di sini. Apartment biasa dan rumah teres pun banyak. Tetapi kedai + apartment adalah satu idea yang baik. Pertama kepada peniaga, mereka boleh tinggal di atas, jimat belanja untuk ke tempat kerja. Kedua, penghuni-penghuni di apartment menjadi pelanggan kepada kedai-kedai di bawah.

Untung orang yang tinggal di sini kerana dekat dengan Hentian Bas Kajang. Senang nak ke mana-mana!

Harga Rumah di Seremban Jaya

Khamis 23 Okt 2014 pagi, saya ada di Seremban Jaya, Negeri Sembilan.

Harga rumah teres 1 tingkat di sini ada yang RM80 ribu iaitu pada harga 5 tahun dulu di Semenyih, Selangor.  Harga rumah teres 1 tingkat di Semenyih sekarang ialah RM220 ribu - RM270 ribu. Maka, kepada sesiapa yang nak beli rumah atas tanah pada harga sekitar 100 ribu, Seremban lah kawasannya.

Stesen komuter dekat sahaja. Jadi saya fikir orang yang tinggal di Seremban Jaya boleh bekerja di Kuala Lumpur. Dan begitu juga sebaliknya.


Tuesday, October 21, 2014

Hentian Bas Kajang

Selasa 21 Okt 2014 malam saya ada di Hentian Bas Kajang kerana menghantar orang naik bas. Ramai orang nak ke Langkawi rupa-rupanya.

Kompleks ini adalah gabungan 2 blok bangunan. Satu sebagai hentian bas di mana kaunter-kaunter tiket banyak terletak di atas. Satu lagi adalah kedai, pejabat dan apartment. Antara pejabat utama yang ada di sini ialah KWSP, Imigresen, Pendaftaran dan Kebajikan Masyarakat.

Saya percaya Hentian Bas Kajang dan kawasan perniagaan sekitarnya akan maju kerana orang akan menjadikan bas sebagai pilihan mereka pada masa mendatang memandangkan kos pengangkutan sendiri meningkat dengan pesat.

Jadi, sesiapa yang ada duit dan ada jalan, apa kata beli lot kedai dan apartment di sini? Kerana nilainya dan kadar sewanya akan meningkat. Budget hotel juga akan mendapat sambutan baik.

Saya singgah solat maghrib di surau di bahagian bawah kompleks. Terima kasih kepada pihak pengurusan, cuma yang pelik ialah tandas jauh daripada surau iaitu di tingkat 2!




Monday, October 20, 2014

Langkawi yang berpotensi

Pertengahan Sep 2014 saya merayau di Pulau Langkawi. Kebetulan cuaca sejuk atau memang selalu macam tu, tak pastilah. Sewa kereta Viva RM80.00 untuk 24 jam. Pusing satu pulau terutama bahagian barat dan utara. Cuma bahagian timor tidak pergi. Tengok wayang dalam Dome. Merasa naik cable car, kecut!


Senawang yang senang wang

Ahad 19 hb Okt 2014 saya ronda-ronda dengan seorang kawan di Senawang. Lebuhraya LEKAS menjalar hingga ke sini atau dengan kata lain, pembangunan Selangor melimpah kesini. Mudahlah orang KL nak berkenalan dan kahwin dengan orang Negeri Sembilan!

Harga rumah dan tanah di sini masih rendah dan sederhana rendah. Kepada pemaju perumahan dan usahawan kecil elok juga intai-intai sebelah sini.

Saya singgah makan mee udang di satu medan selera yang dipanggil PAKAR, tak jauh dengan Petronas Paroi. Huh..manis udangnya!