Monday, January 14, 2013

Masjid Al-Bukhary di Jalan Hang Tuah


Pada hari Sabtu 12 Jan 2013, saya singgah di masjid Al-Bukhary di jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Kalau tak silap, masjid ini baru 5 atau 6 tahun dibina. Dahulu, yang terdapat di tapak masjid ini ialah surau Babul-Jannah (Pintu Syurga) dan sebuah kubur seorang pendakwah Arab yang kemungkinan besar juga seorang pedagang. Saya pernah beberapa kali solat di surau itu.

Kini sebuah masjid yang indah tersergam hebat. Kedudukannya sangat bagus kerana di tepi jalan besar dan mudah dikunjungi. Lebih bagus ialah terdapat beberapa blok rumah pangsa di sekitarnya termasuk di Jalan Kenanga.

Suasana di sekitar masjid nyaman kerana banyak pokok tamar dan pokok-pokok lain ditanam. Ruang solat pun nyaman, yakni tidak panas walaupun orang sangat ramai.

Orang ramai, lelaki dan perempuan memenuhi ruang solat atas dan bawah. Sehingga tikar perlu dihampar di atas tanah untuk dijadikan tempat solat tambahan. Mereka datang untuk berkumpul di Stadium Merdeka sempena Himpunan Rakyat 112 (Jan 01, 2013). Ramai di antara mereka datang dengan LRT yang mana setesen LRT Hang Tuah hanya 50 meter daripada masjid tersebut.

Hari ini masjid ini mencatat sejarah.

No comments:

Post a Comment