Saturday, December 22, 2012

Masjid di Taman Seremban Jaya

Sebuah masjid sedang dibina oleh kerajaan Negeri Sembilan di tengah-tengah Fasa 5 Taman Seremban Jaya, kawasan perumahan yang penduduknya berbilang bangsa dan agama. Menarik perhatian ialah ia terletak di bahagian taman yang orang Islam sangat kurang. Pembinaannya di sebelah sebuah sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) menggambarkan hal ini.
Terdapat dua buah masjid yang terdekat. Iaitu masjid Nurul Hidayah dan Masjid Muhammad Musa. Masjid Nurul Hidayah yang dinaik taraf daripada sebuah surau, terletak di fasa lain tetapi azannya jelas kedengaran daripada fasa lima. Manakala masjid Muhammad Musa terletak di taman Seremban Jaya Selatan. Di samping itu, terdapat 2 atau 3 surau di sekitar taman ini.
Pembinaan masjid ini menunjukan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Seremban cuai dari segi kecekapan perancangan pembinaan masjid ketika PBT ini mula-mula meluluskan pembangunan taman berkenaan. Sepatutnya masjid dibina di tempat yang lebih strategik supaya lebih mudah dikunjungi dan lebih besar manfaatnya serta lebih menjimatkan. Menjimatkan maksud saya ialah sebuah masjid sahaja cukup untuk dua buah masjid jika kedudukannya sesuai.
Walau bagaimana pun, masjid berkenaan akan siap tidak lama lagi kerana soal dana tidak timbul kerana peruntukan berpuluh-puluh juta telah disediakan. Tinggal lagi siapa dan bagaimana hendak memakmurkannya. Ia sangat membimbangkannya kerana di mana-mana pun di negara ini biasanya hanya sekadar 5% sahaja penduduk yang akan menjadi ahli yang lazim. Lagi 95% berdengkur dan sibuk di pusat membeli belah dan pasar malam!
Melantik imam yang berijazah dengan rumah dan gaji yang lumayan bukanlah penyelesaian. Ahli-ahli jawatan kuasa (AJK) nanti perlu berkesan, jika tidak, tiang masjid akan lebih banyak daripada orang!

No comments:

Post a Comment