Thursday, December 20, 2012

Kota A 'Famosa (Melaka)

Semenjak zaman kanak-kanak lagi, saya sudah tahu A ‘Famosa adalah kota peninggalan penjajah. Penjajah seperti Portugis dan Belanda telah menyerang dan menghancurkan Melaka, negeri orang Melayu Islam.
Maka semenjak kanak-kanak saya rasa pening bila melihat orang suka melawat kota itu. Selain pening, saya rasa benci dan meluat terhadap tempat-tempat-tempat seperti itu. Selain benci, saya juga hairan mengapa orang lain suka sangat melawat dan bergambar di samping kota itu yang sebenarnya hanya pintu gerbangnya sahaja.
Semenjak dewasa, beberapa kali saya datang ke Melaka. Ada yang kerana pekerjaan dan ada yang kerana berjalan-jalan atau melancong. Walaupun begitu, saya tidak juga melawat tempat bersejarah tersebut kerana merasa hina jika saya melakukannya.
Tetapi beberapa hari yang lepas, atas permintaan anak-anak, terutama yang bernama Hajar Humairah, saya melawat kota A ‘Famosa bersama-sama mereka dan isteri. Mencari jalan kesitu menjadi sukar kerana saya tidak melihat satu papan tanda ‘ke kota A ‘Famosa’. Ditambah pula ia sudah dikelilingi oleh deretan kedai dan bangunan-bangunan pusat membeli belah atau shopping complex yang besar-besar seperti Kompleks Dataran Pahlawan dan Malacca Parade. Orang Melaka tiada masalah, tetapi orang luar seperti saya bermasalah mencarinya.
Betul-betul di hadapan kota itu juga sedang dibina sebuah lagi pusat membeli belah yang akan merubah lagi persekitannya. Persekitan sejarah makin berkurangan. Yang ada ialah persekitaran perdagangan atau commercial  environment.

Permintaan kepada pembangunan perdagangan tidak akan tamat. Kerajaan negeri Melaka nampaknya cair terhadap permintaan tersebut. Sepatutnya persekitaran sejarah dikekalkan dan kawasan perdagangan ada banyak kawasan lain!
Saya akan sambung…

No comments:

Post a Comment