Saturday, January 26, 2013

Surau Al-Ibrahim

Pagi hari ini, saya singgah solat di sebuah surau di Seremban 2, Surau Al-Ibrahim. Ia dikelilingi oleh rumah-rumah teres setingkat yang agaknya berusia sekitar 5 tahun.

Pagar utamanya bertutup, tetapi bukan berkunci. Saya buka pagar dan memandu masuk. Ia tidak besar, tetapi cantik dan bersih. Terdapat tanda-tanda ia makmur. Pertama kerusi-kerusi makan (kira-kira 100 buah) terletak dengan baik di meja makan. Kedua, papan kenyataannya menyatakan kegiatan-kegiatan. Ketiga, lantai dan sejadah-sejadahnya bersih, bukan berhabuk.

Saya masuk tandas. Ada tanda 'B' diletakan oleh Majlis Perbandaran Seremban. Tahniah kepada AJK-AJK surau! Air ada, terima kasih!

Saya solat dhuha 2 rakaat. Terdengar orang berdengkur. Oh! rupa-rupanya ada seorang lelaki sedang tidur di ruang solat wanita.

Satu perkara sahaja: kalimah 'al-ibrahim' adalah anih kerana biasanya nama khas tidak diletakan 'al-' melainkan jika hendak menjadikannya sifat, seperti al-ibrahimiy. Jika pembaca kurang faham, boleh rujuk terus kepada orang yang faham sedikit Bahasa Arab.



No comments:

Post a Comment