Wednesday, January 23, 2013

APA YANG BAGUS DILAKUKAN PADA HARI SAMBUTAN MAULIDUL-RASUL?


Pagi hari ini 24 Jan 2013 (12 R. Awwal 1434), saya melalui bandar Seremban.

Jalan di tengah bandar ditutup sebelah untuk perarakan Maulidul-rasul. Kumpulan-kumpulan perarakan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah bergerak lesu. Mereka memakai pakaian tradisional dan membawa sepanduk.

Saya pun terfikir apakah cara yang bagus untuk menyambut hari ini. Sesuai untuk mengingati kelahiran dan perjuangan baginda. Juga perlu ada mesej. Secara mudah terdapat dua golongan pada pagi Hari Sambutan Maulidul-Rasul (s.a.w). Golongan yang ikut berarak , kedua yang tidak.
Kalau berarak, sekitar pukul 10.00 sudah selesai dan kedua-kedua kumpulan itu menjadi jenis yang serupa mulai tengahari hingga ke petang dan malam.

Berjalan-jalan ke pasar raya, berkelah di pantai pada hari ini bukan tak boleh, tapi kurang mengikut ruh atau semangat.

Apa kata, kalau kita masak kari 3 atau 4 ekor ayam, dan sedekah kepada jiran-jiran, termasuk jiran-jiran bukan Islam? Katakan kepada mereka ini sempena sambutan maulidul-rasul atau birth day of Prophet Muhammad.

No comments:

Post a Comment