Sunday, January 27, 2013

A 75 Year Old American Lady explains...


Perempuan Amerika berusia 75 tahun memeluk Islam. 
Seronok kita mendengarnya...

Saturday, January 26, 2013

Surau Al-Ibrahim

Pagi hari ini, saya singgah solat di sebuah surau di Seremban 2, Surau Al-Ibrahim. Ia dikelilingi oleh rumah-rumah teres setingkat yang agaknya berusia sekitar 5 tahun.

Pagar utamanya bertutup, tetapi bukan berkunci. Saya buka pagar dan memandu masuk. Ia tidak besar, tetapi cantik dan bersih. Terdapat tanda-tanda ia makmur. Pertama kerusi-kerusi makan (kira-kira 100 buah) terletak dengan baik di meja makan. Kedua, papan kenyataannya menyatakan kegiatan-kegiatan. Ketiga, lantai dan sejadah-sejadahnya bersih, bukan berhabuk.

Saya masuk tandas. Ada tanda 'B' diletakan oleh Majlis Perbandaran Seremban. Tahniah kepada AJK-AJK surau! Air ada, terima kasih!

Saya solat dhuha 2 rakaat. Terdengar orang berdengkur. Oh! rupa-rupanya ada seorang lelaki sedang tidur di ruang solat wanita.

Satu perkara sahaja: kalimah 'al-ibrahim' adalah anih kerana biasanya nama khas tidak diletakan 'al-' melainkan jika hendak menjadikannya sifat, seperti al-ibrahimiy. Jika pembaca kurang faham, boleh rujuk terus kepada orang yang faham sedikit Bahasa Arab.



Wednesday, January 23, 2013

APA YANG BAGUS DILAKUKAN PADA HARI SAMBUTAN MAULIDUL-RASUL?


Pagi hari ini 24 Jan 2013 (12 R. Awwal 1434), saya melalui bandar Seremban.

Jalan di tengah bandar ditutup sebelah untuk perarakan Maulidul-rasul. Kumpulan-kumpulan perarakan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah bergerak lesu. Mereka memakai pakaian tradisional dan membawa sepanduk.

Saya pun terfikir apakah cara yang bagus untuk menyambut hari ini. Sesuai untuk mengingati kelahiran dan perjuangan baginda. Juga perlu ada mesej. Secara mudah terdapat dua golongan pada pagi Hari Sambutan Maulidul-Rasul (s.a.w). Golongan yang ikut berarak , kedua yang tidak.
Kalau berarak, sekitar pukul 10.00 sudah selesai dan kedua-kedua kumpulan itu menjadi jenis yang serupa mulai tengahari hingga ke petang dan malam.

Berjalan-jalan ke pasar raya, berkelah di pantai pada hari ini bukan tak boleh, tapi kurang mengikut ruh atau semangat.

Apa kata, kalau kita masak kari 3 atau 4 ekor ayam, dan sedekah kepada jiran-jiran, termasuk jiran-jiran bukan Islam? Katakan kepada mereka ini sempena sambutan maulidul-rasul atau birth day of Prophet Muhammad.

Masjid tiada qaryah

Pada 11 hb Januari 2013, saya singgah solat Jumaat di masjid merah Seremban atau yang dipanggil Masjid Jamek Seremban. Saya memanggilnya masjid merah kerana ia berwarna merah.

Dipercayai dulu kawasan sekitar masjid ini adalah pusat bandar seperti juga Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Terletak berhampiran dengan sungai kerana dulu pasar terletak di tebing sungai dan pasar tidak berpisah jauh daripada masjid. Sungai adalah adalah alat perhubungan yang penting di mana kapal dan perahu dagang melaluinya. Tol juga dikutip di tepi sungai.

Pada hari ini, kedudukan masjid merah ini kelihatan anih dan pelik kerana bukan dikelilingi oleh rumah dan kedai orang Islam, sebaliknya oleh rumah dan kedai orang bukan Islam yang berbangsa cina. Tentu sekali suara azannya memenuhi telinga-telinga mereka. Bukan salah orang-orang cina itu, tetapi salah orang Islam yang tidak mahu membina rumah, kedai dan tinggal berniaga di situ. Dan juga salah pihak pentadbir MPS (Majlis Perbandaran Seremban) terdahulu yang tidak mempastikan kawasan kediaman dan perniagaan orang Islam di keliling masjid itu.

Banyak lagi masjid-masjid lain yang senasib dengnnya  iaitu kelihatan anih kerana tiada qaryah seperti di Sentul, Jalan Pahang, Gombak,  Semenyih dan Mantin.

Wednesday, January 16, 2013

Balik Indon!

Kira-kira seminggu yang lepas, saya berpeluang menanya satu soalan kepada sekumpulan kanak-kanak.   Tempatnya di Jalan Bangi Lama, Selangor.

Soalan saya "siapa yang pernah naik kapalterbang, angkat tangan!"
Terkejut saya, kerana separuh daripada mereka iaitu lebih kurang 15 orang mengangkat tangan.
"Kamu pergi kemana?" saya tanya.
"Balik kampong Indon!" mereka jawab.

Itulah kenyataan.
Rupa-rupanya mereka adalah warga Malaysia yang ibubapa mereka berasal dari seberang.

Monday, January 14, 2013

Masjid Al-Bukhary di Jalan Hang Tuah


Pada hari Sabtu 12 Jan 2013, saya singgah di masjid Al-Bukhary di jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Kalau tak silap, masjid ini baru 5 atau 6 tahun dibina. Dahulu, yang terdapat di tapak masjid ini ialah surau Babul-Jannah (Pintu Syurga) dan sebuah kubur seorang pendakwah Arab yang kemungkinan besar juga seorang pedagang. Saya pernah beberapa kali solat di surau itu.

Kini sebuah masjid yang indah tersergam hebat. Kedudukannya sangat bagus kerana di tepi jalan besar dan mudah dikunjungi. Lebih bagus ialah terdapat beberapa blok rumah pangsa di sekitarnya termasuk di Jalan Kenanga.

Suasana di sekitar masjid nyaman kerana banyak pokok tamar dan pokok-pokok lain ditanam. Ruang solat pun nyaman, yakni tidak panas walaupun orang sangat ramai.

Orang ramai, lelaki dan perempuan memenuhi ruang solat atas dan bawah. Sehingga tikar perlu dihampar di atas tanah untuk dijadikan tempat solat tambahan. Mereka datang untuk berkumpul di Stadium Merdeka sempena Himpunan Rakyat 112 (Jan 01, 2013). Ramai di antara mereka datang dengan LRT yang mana setesen LRT Hang Tuah hanya 50 meter daripada masjid tersebut.

Hari ini masjid ini mencatat sejarah.

Friday, January 4, 2013

Pak Arab bermain

Boleh tahan...

Kebun orang cina di Mantin


Baru-baru ini, iaitu sekitar bulan November 2012, ketika memandu di sebuah kampong di pedalaman Mantin, Negeri Sembilan, saya melihat beberapa kebun dan dusun buah-buahan yang cantik dan subur. Cantik kerana rumput dan daun-daun kering dibersihkan. Subur kerana daun-daunnya tidak kuning bahkan hijau dan berbuah.

Hati saya syak ini semua bukan milik orang Melayu kerana kebun dan dusun mereka biasanya semak. Jadi semak kerana mereka tidak tahu bahawa kebun boleh menjana duit. Mereka juga tiada kudrat mengerjakannya kerana orang-orang muda mereka lebih minat kerja sebagai guru di sekolah dan production operator di kilang. Tidak salah kerja makan gaji, tetapi kebun hendaklah diurus sehingga ia mampu menjana hasil yang lumayan.

Rasa hati saya itu tepat apabila disahkan oleh penduduk kampong berkenaan dan kampong bersebelahan. Kebun-kebun tersebut asalnya milik orang Melayu, tetapi telah berpindah tangan akibat pinjaman duit yang tidak terbayar. Sebahagiannya, pada mulanya dipajak berpuluh-puluh tahun, tetapi terpajak terus menerus!
Orang-orang cina menanam durian, nangka dan buah naga. Maka kelihatan mereka menjual hasil tanaman itu di tepi jalan di Mantin. Bahkan Mantin menjadi pengeluar nangka madu terbesar di negara ini.